source : 9gag
Sunday
Barang panas
Barang panas bererti barang barang yg diburu. Barang diburu atau dikenali sebagai barang RARE atau barang LIMI (limited) tak semestinya susah nak dapat, ada je yang bersepah sepah orang jual cuma harga je meninggal bila dengar. Jadi, jalan mudah untuk bergaya dengan barang rare?
Ini kereta Viva yg berkaki ayam. Kasut kena curi. Power?
Ini kereta jiran sebelah rumah gua dulu. Selalu jugak tgk kereta ni sbb rim dia mmg idaman kalbu. Owner bangun pagi nak pergi kerja, kasut cik Viva lesap. Padahal kereta dalam pagar. Mmg ada ijazah pencuri yg roket rim ni. Padahal rim bukan original pun.
Kesian. Gua bersyukur sebab tak kena dekat Lisa. Dulu gua parking kat luar pagar je. Kalau kena, menangis laaaaaa.. Dunia penuh dengan manusia bangang abadi. Nak bergaya je. Yang kena roket sebijik terus lagi pengsan. Buat kereta puluh ribu, tinggal jap beli pisang goreng, kereta lesap.
Moga moga ahli ahli kelab pencuri dapat hidayah. Risau level Chuck Norris sekarang!
Saturday
Friday
Cerita Lisa lagi
Balik Kuantan hari ni lewat betul. Pukul 4 baru bertolak. Nasib ikut LPT. Jimat sejam. Gi amik kereta dah berapa masa rugi. Hai cik Lisaaaaa ! Hari ni gua mesti bawak Lisa keluar jalan jalan. Kesian lama duk kat bengkel.
Luka dah sembuh. Cuma ada kudis. Nak tak nak, dia kena balik Kuantan jugak tadi. Sepanjang perjalanan hujan. Kurang sikit kotor kat badan dia. Cilakak pomen lenjan keta. Dah la habuk rokok bersepah. CD lagu terabur. Cissssss..
Sampai je Kuantan...
Terus kasi mandi. Kasut kotor sangat.
Belanjerrrrrrrrr..
Kesian betul. Moga lepas ni tak terlibat dah dengan mana mana kemalangan. Uuuuuuu. Sedih oo. Ketuk belakang tu je dah berapa duit habis. T___T.
Gua sebenarnya takda bahan nak post. Tu yg merepek pasal kereta tu. Rasanya harini tu je aktiviti gua.
Wednesday
Ohh Elisa.
Dalam masa 6 hari, dua kali kena langgar. Poor Elisa. Kena mandi bunga lepas ni. Walaupun tak parah, menangis jugak gua masa lepas kena.
Ikut jadual, esok kena balik dah. Tapi tapi tapi.. Lisa.....
Lisa tak dibenarkan pulang. Beliau tak sihat lagi. Pembedahan bontot beliau tak siap. Tsk tsk tsk.
Semoga cepat sembuh. Besok nak balik Kuantan dah dear. Moga moga mamat yang langgar lari tu eksiden. Cissss! Sebab kau la awek gua jadi mcm ni.
Tuesday
Tangguh
Tangguh kerja.
'' Amir, jemur kain ''. - '' Jappppppp ! ''
'' Amir, gi beli brokoli kat Peah Hypermarket '' -'' Japppppppp ! ''
'' Dayat, alih perahu masuk dalam pagar '' - '' Ye ye, jap lagi ''
Biasanya kerja ni datang time kita tengah dok syokk lepak layan movie, usya awek balik kelas, tengah hujan lebat di petang hari, time dok best tidoq. Sewaktu post ini ditulis, gua sebenarnya ada bertimbun lagi assignment yg tak berapa nak siap Kenapa tak siapkan? Alaaaa banyak masa lagi.
Kena pulak era kegemilangan laman sosial yg mencurah curah ke ladang gandum, ratio penggunaan internet terus berubah. 16 :1 dimana 16 itu adalah membuang masa kat twitter, fesbuku etc berbanding dengan google info nak buat assignment. Power power. Lagi best kalau gua internet 100% untuk buang masa, assignment potostet member punya. Lagi power. Perangai mcm haram.
Gua rasa berak pun ramai yg tangguh pasal nak pergi tandas punya la malasssss. Nak kena cangkung lagi, teran lagi. Haishhh malasnya. Jalan mudah, ahhh simpan dulu la. Besok kita buang.
Kebiasaannya, time nak sampai dateline baru la semangat rajin datang. Masa tu la nak maki diri sendiri pasai pa tangguh kerja. Mula la nak insaf la, solat tasbih la, tahajud la. Datang next assignment, tangguh jugak. Terbaik perangai bangsa bangsa aku ni. Bukan nak kutuk tapi nasihat. Gua pun sama jugak.
Eh kalau kekasih suruh topapkan, gi 7e pukul 3 pagi pun takda hal punya lah. Benda kecik. Kita kan sayang awak. Kah kah kah. Dia punya makan dalam, setepek taik ataih muka.
Monday
Tweetlimit
Tweetlimit dari segi bahasa bermaksud sesuatu keadaan dimana anda tengah tengah syok tweeting, muncul pulak nate kecik bertulis...
Biasanya, time plot nak sampai kemuncak la baru kena benda benda ni. Contohnya hari tu, gua baru nak ngayat awek ni. Dah nak dapat dah, sikit je lagi. Tetttt. Tweetlimit. Terus tiada kimia antara kami. Nampak tak ke'takguna'an had tuit ni?
Jadi, berapa banyak boleh tweet dalam sehari? Entah. Tiada angka malar kut. Benda kat google ni pun bukan boleh caya sangat.
Jadi, apa tindakan kalau kena tuitlimit? Jawapan nya, carilah link website Mark Zuckerberg & sign in walaupun takbest mana.
Yang penting, misi gua malam ni tercapai. Power power.
Belajar
Lapan belas puluh ratus peratus True ! Tak kira la UPSR ke, PMR ke. Sama je. Sebab tu dalam kelas ada budak selalu jadi ranking je, dan ada yg setia abadi duk bawah. Nak tak nak, semua rakyat Malaysia kena lalui benda ni.
Cuba tanya balik, kenapa kita belajar 5 hari seminggu dari pagi sampai petang. Kalau tanya budak sekolah rendah, jawapan memang meriah. Nak jadi doc, nak jadi polis, nak jadi Jastin Bibe, bla bla bla. Sebab diorang tak rasa lagi susahnya nak kejar masa depan.
Sebelum gi sekolah, mak ayah pesan, belajar rajin rajin. Dapatkan nombor 1.
Tapi..
Ya. Betul. Zaman sekolah menengah pun, mmg ditekankan supaya dapat markah tinggi. Sapa dapat A tudiaaaa punya syokkk.. Bagi yg otak Core i7, mmg la sedap. Yg intel Atom ni? Gua dulu nyaris fail Sejarah fom 5. Power power.
Kalau kat sekolah tu, mmg la takda yg stress sampai bunuh diri. Bila dah peringkat tinggi nanti, benda ni boleh berlaku. Woi, mana tak stress, member semua hepi dapat 4.00, kita duk fail ni, rasa mcm shilake. Kalau tak fikir panjang, terus.....
Berhenti belajar tak selesaikan apa apa pun. Tambah masalah ada la. Masa sekolah, mmg kita takda pilihan. Tak macam IPT. Kat U nanti, pilih la apa yg kita minat. Suka gua petik dialog dalam movie ni..
Biarlah pendidikan kita ni tak adil pun. Masing masing ada kelebihan kan. Gua pun nasihat untuk diri sendirik jugak. Sama je kita. Kalau boleh tukar kelemahan tu jadi sesuatu yg membantu pun bagus jugak. Macam Aplin Sauki dalam Gila Gila Pengantin Remaja. Ada nasihat disebalik watak Bakar tu.
Sekian, terima kaseyyyyyy..
Sunday
Sikap atas jalan
Baru baru ni, kereta aku kena sondol dekat traffic light. Kira kira 6 hari sebelum tu, dah kena langgar dengan BMW. Gua respek owner Beemer tu pasal dia keluar, mengaku salah dia. Masalah sekarang si BLM perasan BMW yg langgar aku baru ni.
Kalau orang potong line time traffic light tu aku dah tak peduli sangat pasal hari hari boleh jumpa. Normal lah kalau duduk bandar. Budak motor pun dah tak boleh nak bendung. Mmg style depa cilok sana sini. Bila kena langgar lagi ni, rasa nak buat jenayah kat kereta dia.
Lagi sikap yg aku cukup tak suka, jenis manusia keluar simpang taknak tekan minyak kuat kuat. Woi cilakak betul. Tak pikir ke orang yg tengah laju nak brek sampai berasap tayar ? Dah keluar simpang tu, tekan minyak rapat dinding der, baru orang tak marah. Kalau tak mampu, tak payah keluar. Menyusahkan orang je.
Semua orang bayar cukai jalan. Jangan buat jalan tu macam warisan tok nenek kau. Walaupun nama kau Wong Ah Jang sekalipun, tak bermakna Jalan Wong Ah Jang , Kuantan tu jalan kau punya. Susah susahh. Tepi tepi, gua nak lalu !
Saturday
Rapid ohh rapid
Kuantan ada bas.
Nama dia RapidKuantan.
Bas ni free.
Sampai bulan April.
Awal awal ni,
Bas ni cantik.
Tunggu la nanti.
Bila dah lama.
Macam bas sekolah.
Gua teringin naik.
Nak tau jugak.
Best ke ha?
Lalu satu hari.
Gua pun try.
Malang nasib gua.
Sebab hari tu.
Takda perempuan naik.
Kah kah kah.
Padan muka gua.
Nak cuci mata.
Tapi tak berjaya.
*muka kerek dapat naik rapid. Cehhhh.
Friday
Malas
Hidup nak mudah.
Kerja malas buat.
Markah nak tinggi.
Usaha langsung taknak.
Tup tup A+.
Kepala tengkorak kau.
Ingat kami kuli?
Kami penat Google.
Kau sedap fotostet.
Kami tidur lewat.
Kau pun sama.
Kami buat kerja.
Kau main snuker.
Kami lepak CC.
Kau lepak TC.
Hoi orang muda.
Sedar diri sikit.
Ingat keluarga tak?
Apa depa nak?
Cuba fikir balik.
Mana masa depan?
Nak jadi kuli?
#LazyCollegeSenior
inilah permulaan
Setelah 'anak mak' berkubur..
Sebuah lagi kutub khanah ditubuhkan.
Antara usaha '' hangat hangat taik ayam ''
Errrrrr..Emmmmm.. Okay.
Sekian terima kasih.
Sekian terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















