Tuesday

Tangguh

Tangguh kerja. 


'' Amir, jemur kain ''. - '' Jappppppp ! ''
'' Amir, gi beli brokoli kat Peah Hypermarket '' -'' Japppppppp ! ''
'' Dayat, alih perahu masuk dalam pagar '' - '' Ye ye, jap lagi ''


Biasanya kerja ni datang time kita tengah dok syokk lepak layan movie, usya awek balik kelas, tengah hujan lebat di petang hari, time dok best tidoq. Sewaktu post ini ditulis, gua sebenarnya ada bertimbun lagi assignment yg tak berapa nak siap Kenapa tak siapkan? Alaaaa banyak masa lagi.


Kena pulak era kegemilangan laman sosial yg mencurah curah ke ladang gandum, ratio penggunaan internet terus berubah. 16 :1 dimana 16 itu adalah membuang masa kat twitter, fesbuku etc berbanding dengan google info nak buat assignment. Power power. Lagi best kalau gua internet 100% untuk buang masa, assignment potostet member punya. Lagi power. Perangai mcm haram.

Gua rasa berak pun ramai yg tangguh pasal nak pergi tandas punya la malasssss. Nak kena cangkung lagi, teran lagi. Haishhh malasnya. Jalan mudah, ahhh simpan dulu la. Besok kita buang.

Kebiasaannya, time nak sampai dateline baru la semangat rajin datang. Masa tu la nak maki diri sendiri pasai pa tangguh kerja. Mula la nak insaf la, solat tasbih la, tahajud la. Datang next assignment, tangguh jugak. Terbaik perangai bangsa bangsa aku ni. Bukan nak kutuk tapi nasihat. Gua pun sama jugak.

Eh kalau kekasih suruh topapkan, gi 7e pukul 3 pagi pun takda hal punya lah. Benda kecik. Kita kan sayang awak. Kah kah kah. Dia punya makan dalam, setepek taik ataih muka.

No comments:

Post a Comment